SaLaM BuaT SeMua..
MaRi SaMa SaMA KiTa BaCa aPa YaNG Sya Nak KoNGsI
SauDara, Allah benar JanJi-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur, banyak mana yang Allah ambil, dibandingkan dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita.. Firman Allah :
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya". (Ibrahim 14:43)
Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang di sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, Kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? mengapa harus bersedih? bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
BErlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah ( FIrman Allah ): "jangan takut, jangan berdukacita". ( Al-Ankabut 29:33 )
saudara. kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banayk. penyakit yang menimpa. masalah keluarga yang banyak dan berbagai lagi. maka dia bersedih, dia berduka cita, jiwanya tertekan.
mengapa harus bersedih? bukankah hidup ini pebuh dengan perjuangan mengatasi masalah? hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup didunia ini. masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. tidak ada maslah yang lebih besar daripada itu.
mungkin kita merasa bahawa masalah anak yang terlalu menekan. saudara bukankah itu mengajak kita berjihad mendidiknya. dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberi pahala oleh Allah SWT.
apakah ada masalah yang lebih besar didunia ini berbanding maslah berdepan dengan hasutan syaitan dan iblis? syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan atau maksiat. itu maslaah yang besar. sebab itu mujahadatun-nafs - melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asa kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
iblis telah bersumpah dengan Allah bahawa dia akan mengganggu bani Adam, dia akan menngoda dan menyesatkan bani Adam. mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan , sejak dari kita kecil, dewasa hingglah kita kembali kepada Allah SWT. inilah masalah yang perlu kita hadapi. adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
masalah yang kita hadapi mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, peribadi kita. akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia akan menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
saudara, yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. kita setakat berusaha, Allah jua yang menetukan.
wallahualam..
komen fatin,
ReplyDeletesuka enrti ni..sgt suka!
fatinmmj
heee... tu la bila baca macam best jer... tapi tak penuh sangt tue.. tak larat nak taip
ReplyDelete