-->
.::SaLaM BuaT SeMua::.
SeLaMaT DaTaNG Ke BloG Sya iQa ZoNe...
 
  
 
 
          
        
          
        
~ HuKuM MeMaKai iNai ~

 Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan  untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala  sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.
Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan  untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala  sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.
Manakala mazhab syafie  pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada  mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya.  Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan  atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian  suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam  fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan  kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai  henna di tangan dan kaki mereka.
Manakala mazhab hanafi dan  maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh  anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. 
Ini  diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa  Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai  sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana  ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir,  Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)
Diriwayatkan  dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir  bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda  melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini  tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah  seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan,  berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu  dawud)
Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath  (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan  rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah.  Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari  al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya  dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w:  "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang  membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih  Al-Jaami', 2502)
3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan  memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya  tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan  tabarruj, maka ia adalah haram.
Hadith yang kedua dan ketiga,  bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai  pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini  datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai  perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. 
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. 
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini: 
1.  Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk  orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan  (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta  ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim). 
2. Dari Abu Hurairah  r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan  (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita  yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar  di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya  dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih  Bukhari) 
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala  tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau  bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah  betul-betul hujung jari”. 
Marilah kita membuat pengislahan dalam  diri kita agar kita t ida k tergolong dalam hamba-hamba Allah yang  melanggar syariatNya..  
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
shera suka pakai inai tapi tak de la slalu... lagipun org kata inai bagus untuk kuku dan jari kan...
ReplyDelete